Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
69) KAJIAN BANJIR DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kajian sistem saliran bagi mengatasi banjir di Selangor?
JPS Selangor telah menyediakan beberapa Pelan Induk Saliran seperti Pelan Induk Saliran Bandar Banting, Pelan Induk Saliran Seri Kembangan, Pelan Induk Saliran Bandar Pelan Induk Saliran ini akan digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk reka bentuk terperinci semasa kerja-kerja tebatan banjir.
JPS Selangor dalam usaha menjalankan dua lagi Pelan Induk Saliran Selayang dan Pelan Induk Saliran Bandar Rawang dalam RMK11.
-
Nyatakan hasil kajian sekiranya berlaku banjir besar di Selangor
Sekiranya berlaku banjir besar, JPS Selangor akan merujuk kepada Pelan Induk Saliran ini sebagai langkah-langkah mengatasi banjir seperti saiz perparitan yang diperlukan, saiz kolam takungan yang diperlukan, kelebaran dan kedalaman sungai yang perlu dikorek.