Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
66) PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU JENIS A
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah unit Rumah SelangorKu jenis A yang telah dibina sehingga kini?
Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan bermula 01 Januari 2014. Sehubungan dengan itu, masih belum ada pembinaan Rumah Selangorku jenis A yang telah siap dibina. Namun begitu, terdapat beberapa projek Rumah Selangorku jenis A yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Butirannya adalah seperti berikut:-
BIL PBT PEMAJU / PEMAJU USAHASAMA PROJEK BIL. UNIT 1.
MBSA
PPC Glomac Sdn. Bhd.
Di Atas Lot 49018 & PT 48447 Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling.
243 (Jenis A)
2.
MPAJ
Gapadu Harta Sdn. Bhd.
Hakmilik HSD 62143 PT 3902 – HSD 62303 PT 4062 Bandar Ulu Kelang,
Daerah Gombak.
60
(Jenis A)
3.
MPKj
Pan Majestic
Development Sdn. Bhd.
Hakmilik GRN 235494 Lot 44433 Dan GRN 235511 Lot 44450 Di Mukim Cheras, Daerah Hulu
Langat.
24
(Jenis A)
4.
MKDS
Perfect Eagle Development Sdn. Bhd.
HS(D) 23278 PT 21746 dan HS(D) 23277 PT 21745 Mukim Ijok, Daerah
Kuala Selangor.
45
(Jenis A)
PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015
5. MBSA Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) Hakmilik HS(D) 204089 PT 7716, HS(D) 295909 PT
2,258 (Jenis A)
32437, HS(D) 295910 PT 32438, HS(D) 295911 PT
32439 dan HS(D) 252841
PT 23564, Setia Alam, Seksyen U13 Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling.
6.
MPK
Selaman Sejati Sdn. Bhd. Lot 9754 PT 18288 Jalan Rusa, Mukim Klang, Daerah Klang.
4 (Jenis A)
7.
MPKj
Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad)
Di Atas Lot PT No 71607, 71608 dan 71609, Jade Hills, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 142
(Jenis A)
8.
MDKL
Bandar Rimbayu Sdn. Bhd.
Di Atas Lot PT 36346 (HSD 33613), Mukim Tanjung Dua Belas,
Daerah Kuala Langat.
330
(Jenis A)
9.
MPS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Di Seksyen 9, Kota Puteri, Bandar Batu Arang, Daerah Gombak.
1,193
(Jenis A)
JUMLAH 4,299 -
Adakah Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada pembinaan rumah jenis ini?
Keperluan penyediaan Rumah Selangorku Jenis A masih lagi diutamakan oleh Kerajaan Negeri yang mana Dasar Rumah Selangorku telah menetapkan keperluan penyediaan Rumah Jenis A sekurang-kurangnya di antara 10% – 20% bergantung kepada keluasan dan zon pembangunan.