Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
44) STATUS TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah status tanah kerajaan di Pekan Sepang ?
Keluasan keseluruhan Pekan Sepang lebih kurang 158 ekar. Berdasarkan kegunaan tanah semasa di seluruh Pekan Sepang terdapat kira-kira 65 ekar adalah untuk kegunaan Kampung Baru Cina Sepang. Baki daripada jumlah keluasan tersebut terdapat sekitar 93 ekar adalah tanah kerajaan yang dirizabkan untuk tujuan kegunaan kerajaan.
-
Berapakah keluasannya?
Jumlah keluasan tanah kerajaan di Pekan Sepang adalah lebih kurang 93 ekar.
Maklumat Tambahan
Bil Perkara/Kegunaan Keluasan 1. SRJK(T) Pekan Sepang L/K 4.3 ekar 2. Masjid Pekan Sepang L/K 4.0 ekar 3. Padang Awam (Bola Sepak) L/K 5.0 ekar 4. Medan Selera (MPSp) L/K 1.0 ekar 5. Balai Penghulu Sepang L/K 0.5 ekar 6. Bekas Tapak Mahkamah Sepang L/K 2.0 ekar 7. Padang Latihan Menembak (PDRM) L/K 0.8 ekar 8. Pejabat dan Stor Lama JKR L/K 3.3 ekar 9. Rizab Kubur Pekan Sepang L/K 26 ekar 10. Tapak Pasar Basah L/K 0.25 ekar 11. Rizab Jalan, Parit dan Sungai L/K 24.79 ekar 12. Kawasan Lapang (MPSp) L/K 3.8 ekar 13. Rizab Kuari JKR L/K 6.16 ekar 14. Rizab Kuil Hindu Sepang L/K 1.55 ekar 15. Lot 3892 (Cadangan Perumahan Penjawat Awam) L/K 9.55 ekar Jumlah Keseluruhan L/K 93 ekar