Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
30) PENGASINGAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri memastikan premis perniagaan mengasingkan produk halal dan tidak halal?
Banyak usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT dalam isu pengasingan produk-produk halal dan tidak halal berikutan perkara ini amat sensitif khususnya masyarakat beragama Islam dalam menjaga kandungan makanan dan kebersihan makanan tersebut. Bukan sahaja bahan kandungan makanan tersebut bahkan cara penyimpanan produk-produk tersebut juga dititik beratkan dan perlu diberi perhatian supaya ia tidak mengelirukan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha menjaga pengguna khususnya yang beragama Islam dengan mengasingkan produk-produk halal dan tidak halal. Antara usaha yang telah diambil oleh PBT adalah seperti di bawah:-
- Mengenakan syarat dalam lesen premis perniagaan contohnya UUK 27(3)(c), UUK Establisymen Makanan 2007 memperuntukkan pengasingan penyimpanan produk halal dan tidak halal;
- Mengenakan syarat sebagai syarat lulus permohonan lesen;
- Mengarahkan peniaga menyediakan ruang berasingan untuk produk halal dan tidak halal contohnya chiller, rak atau bilik contohnya pada ketika ini pengasingan peniagaan non-halal di pasar basah dilakukan dalam ruang niaga berasingan (tertutup) manakala perniagaan makanan (tidak melibatkan daging khinzir) di Medan Selera tidak diasingkan;
- Mengarahkan peniaga meletakkan papan notis peringatan untuk produk tidak halal; dan
- Menyediakan kaunter khas serta pekerja sesuai bagi produk tidak
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri kepada peniaga yang ingkar.
Tindakan kepada peniaga yang ingkar:
- Pengeluaran notis pematuhan syarat kepada peniaga;
- Pemantauan premis oleh penguatkuasa secara berkala;
- Pembatalan lesen akan dikenakan sekiranya ingkar semula;
- Kompaun dan Sitaan akan dilaksanakan; dan
- Permohonan lesen tidak akan disokong dan akan