Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

27) PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kandungan perjanjian yang telah dipersetujui antara Kerajaan Pahang dan Kerajaan Selangor?

    Perjanjian Jual Beli  Air  Mentah  Pahang  Selangor  telah  dimaterikan pada 22 November 2007 di antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor.

    Perjanjian tersebut memperuntukkan mengenai terma-terma penjualan  dan pembelian air mentah seperti jumlah bekalan air mentah yang disalurkan, harga air mentah, kualiti air mentah dan tempoh pembekalan

  2. Apakah Kerajaan Negeri yakin penyaluran air mentah dari Pahang dapat menyelesaikan masalah bekalan air terawat?

    Penyaluran air mentah Pahang ke Selangor memanglah merupakan sumber air yang penting tetapi ia bukanlah merupakan penyelesaian sepenuhnya ke atas masalah bekalan air terawat. Bagi memastikan bekalan air yang mencukupi bagi menampung permintaan pengguna, selain dari faktor kecukupan air mentah, adalah penting untuk memastikan urus tadbir industri air dikendalikan dengan mencapai tahap perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Dengan pengendalian industri yang efisien dan efektif,  penurunan NRW disasarkan mencapai 25% pada tahun 2025. Penurunan kadar NRW itu dapat menyumbang kepada penyimpanan air terawat yang dianggarkan sebanyak 1,000 JLH.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.