Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

24) PREMIS MAKANAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kompaun yang dikenakan terhadap premis makanan kotor di Selangor?

    Kompaun yang dikenakan terhadap premis makanan yang didapati kotor adalah maksimum sebanyak RM1000.00.

  2. Berapakah jumlah premis yang sudah dan belum digred dari 2013-2015 mengikut PBT?

    Jumlah premis yang sudah di gred mengikut tahun 2013, 2014 dan 2015 (sehingga September 2015) adalah masing-masing sebanyak 8461, 8932 dan 7987. Manakala belum di gred masing-masing sebanyak 1516, 1283 dan 2450. Pecahan bilangan premis mengikut PBT adalah seperti di Lampiran

    Lampiran 1

    JUMLAH PREMIS YANG SUDAH DAN BELUM DIGRED DARI 2013 – 2015 MENGIKUT PBT

     

    BIL.

     

    PBT

    SUDAH GRED BELUM GRED
    2013 2014 2015 (SEPT) 2013 2014 2015 (SEPT)
    1. MBSA 1288 1107 738 Tiada
    2. MBPJ 1061 1121 841 475 415 695
    3. MPSJ 2018 2313 1527 202 106 326
    4. MPKj 553 587 710 Tiada
    5. MPS 0 0 1116 Tiada
    6. MPK 658 701 536      
    7. MPAJ 953 1131 751 101 65 472
    8. MPSp 768 800 750 232 200 250
    9. MDKS 119 109 80 406 407 577
    10. MDKL 343 353 268 Tiada
    11. MDSB 150 160 120 100 90 130
    12. MDHS 550 550 550 Tiada
    JUMLAH 8461 8932 7987 1516 1283 2450

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.