Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?
MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi merangka satu sistem amalan tadbir urus korporat yang seragam.
Draf struktur asas tadbir urus korporat berkenaan sudah dihantar kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan akan dibentangkan kepada mana-mana jawatankuasa dewan sekiranya diminta.