Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
12) UNIT INTEGRITI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua agensi Negeri Selangor yang telah menubuhkan unit integriti
Sejumlah empat puluh (40) Jabatan/Agensi di Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Integriti selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 : Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam. Namun,daripada jumlah keseluruhan Jabatan/Agensi yang telah menubuhkan Unit Integriti tersebut, terdapat sejumlah dua puluh sembilan (29) Jabatan/Agensi menubuhkan Unit Integriti secara pentadbiran sahaja iaitu dengan mengguna pakai perjawatan sedia ada sehingga pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan kelulusan perjawatan mengikut kepada penarafan risiko agensi. Senarai Jabatan/Agensi yang telah menubuhkan Unit Integriti adalah seperti Jadual di bawah:
Bil Jabatan Status Penubuhan 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Telah ditubuhkan 2. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 3. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 5. Jabatan Pertanian Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 6. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 8. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 9. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran Bil Jabatan Status Penubuhan 10. Jabatan Mufti Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 11. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Telah ditubuhkan 13. Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 14. Pejabat Daerah/Tanah Petaling Telah ditubuhkan 15. Pejabat Daerah/Tanah Gombak Penubuhan secara pentadbiran 16. Pejabat Daerah/Tanah Klang Penubuhan secara pentadbiran 17. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Penubuhan secara pentadbiran 18. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Penubuhan secara pentadbiran 19. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Penubuhan secara pentadbiran 20. Pejabat Daerah/Tanah Sepang Penubuhan secara pentadbiran 21. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Penubuhan secara pentadbiran 22. Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Telah ditubuhkan 23. Majlis Bandar raya Shah Alam Penubuhan secara pentadbiran 24. Majlis Bandar raya Petaling Jaya Penubuhan secara pentadbiran 25. Majlis Perbandaran Klang Telah ditubuhkan 26. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Telah ditubuhkan 27. Majlis Perbandaran Subang Jaya Telah ditubuhkan 28. Majlis Perbandaran Selayang Penubuhan secara pentadbiran 29. Majlis Perbandaran Kajang Telah ditubuhkan 30. Majlis Perbandaran Sepang Telah ditubuhkan 31. Majlis Daerah Kuala Langat Penubuhan secara pentadbiran 32. Majlis Daerah Kuala Selangor Penubuhan secara pentadbiran 33. Majlis Daerah Hulu Selangor Penubuhan secara pentadbiran 34. Majlis Daerah Sabak Bernam Telah ditubuhkan 35. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Penubuhan secara pentadbiran 36. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Penubuhan secara pentadbiran 37. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 38. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor
Penubuhan secara pentadbiran 39. Lembaga Urus Air Selangor Penubuhan secara pentadbiran 40. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Telah ditubuhkan -
Nyatakan nombor kakitangan dalam unit integriti di setiap agensi di (a).
Bilangan pegawai/kakitangan Unit Integriti bagi setiap Jabatan/Agensi di Negeri Selangor adalah seperti Jadual di bawah:
Bil Jabatan Bil. Pegawai/Kakitangan 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
11 Orang 2. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 40 Orang termasuk di setiap Daerah
3. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
2 Orang 4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor 3 Orang 5. Jabatan Pertanian Negeri Selangor 3 Orang 6. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 3 Orang 7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
3 Orang 8. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
2 Orang 9. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 2 Orang 10. Jabatan Mufti Negeri Selangor 2 Orang 11. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
5 Orang 12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
3 Orang 13. Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri Selangor
2 Orang 14. Pejabat Daerah/Tanah Petaling 1 Orang 15. Pejabat Daerah/Tanah Gombak 3 Orang 16. Pejabat Daerah/Tanah Klang 2 Orang 17. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat 2 Orang 18. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor 2 Orang 19. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat 2 Orang 20. Pejabat Daerah/Tanah Sepang 5 Orang 21. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor 2 Orang 22. Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam 2 Orang 23. Majlis Bandar raya Shah Alam 7 Orang 24. Majlis Bandar raya Petaling Jaya 3 Orang 25. Majlis Perbandaran Klang 7 Orang 26. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2 Orang 27. Majlis Perbandaran Subang Jaya 6 Orang 28. Majlis Perbandaran Selayang 3 Orang 29. Majlis Perbandaran Kajang 2 Orang 30. Majlis Perbandaran Sepang 2 Orang 31. Majlis Daerah Kuala Langat 2 Orang 32. Majlis Daerah Kuala Selangor 3 Orang 33. Majlis Daerah Hulu Selangor 1 Orang Bil Jabatan Bil. Pegawai/Kakitangan 34. Majlis Daerah Sabak Bernam 2 Orang 35. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 8 Orang 36. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 6 Orang 37. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
2 Orang 38. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor
1 Orang 39. Lembaga Urus Air Selangor 2 Orang 40. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
5 Orang -
Nyatakan untuk setiap agensi di (a) berapa kes aduan telah dikendalikan sejak penubuhan.
Sejumlah dua puluh satu (21) Jabatan/Agensi sahaja yang telah menerima dan mengendalikan kes aduan sejak penubuhan Unit Integriti masing-masing. Aduan yang diterima kebiasaannya terdiri daripada aduan berkenaan salah guna kuasa / rasuah, tuntutan palsu, pecah amanah dan kesalahan pentadbiran. Jabatan/Agensi yang mempunyai kes aduan adalah seperti Jadual di bawah:
Bil Jabatan Bil. Kes Aduan 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
71 2. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 7 3. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
12 4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor 7 5. Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tiada 6. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 3 7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tiada 8. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Tiada 9. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 3 10. Jabatan Mufti Negeri Selangor Tiada 11. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
Tiada 12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
1 13. Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri Selangor
Tiada 14. Pejabat Daerah/Tanah Petaling Tiada 15. Pejabat Daerah/Tanah Gombak Tiada 16. Pejabat Daerah/Tanah Klang Tiada Bil Jabatan Bil. Kes Aduan 17. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Tiada 18. Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Tiada 19. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Tiada 20. Pejabat Daerah/Tanah Sepang Tiada 21. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Tiada 22. Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Tiada 23. Majlis Bandar raya Shah Alam 35 24. Majlis Bandar raya Petaling Jaya 8 25. Majlis Perbandaran Klang 4 26. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 8 27. Majlis Perbandaran Subang Jaya 20 28. Majlis Perbandaran Selayang 10 29. Majlis Perbandaran Kajang 16 30. Majlis Perbandaran Sepang 5 31. Majlis Daerah Kuala Langat 7 32. Majlis Daerah Kuala Selangor 17 33. Majlis Daerah Hulu Selangor Tiada 34. Majlis Daerah Sabak Bernam 5 35. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 60 36. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Tiada 37. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
Tiada 38. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor
1 39. Lembaga Urus Air Selangor 7 40. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tiada