Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
332) PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai jalan raya di Selangor. Berapakah peruntukan kerajaan pusat untuk tahun 2011,2012 dan 2013 ?
Jumlah perbelanjaan tahunan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek jalan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- 2011 :RM218 juta ii. 2012 :RM300 juta
iii. 2013 :RM353 juta
MAKLUMAT TAMBAHAN
Terdapat lima (5) projek-projek jalan yang dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan di Selangor yang merupakan projek-projek sambungan dari
Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:-
- Projek membina jalan pintas Bandar Rawang (RM575 juta);
- Projek menaiktaraf jalan dari Rawang ke Bandar Tasik Puteri (Pakej 1) (RM58 juta);
- Projek Menaiktaraf persimpangan di Pintu 2 Northport / Bandar Sultan Sulaiman di Pelabuhan Klang (RM153 juta);
- Projek membina jejambat melintasi landasan keretapi di Jalan Pelabuhan Klang (RM191 juta); dan
- Projek membina dan menaiktaraf Jalan Lingkaran Pulau Indah (Pakej 1, 1B dan 2) (RM267 juta).
Untuk makluman, pihak Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan empat (4) projek-projek jalan seperti berikut untuk dilaksanakan di Negeri Selangor di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh:-
- Projek menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah (RM240 juta);
- Projek menaiktaraf sebahagian dari Jalan Persekutuan FR5 dari Tanjong Karang sehingga Hutan Melintang untuk dijadikan sebahagian dari Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (RM780 juta);
- Projek menaiktaraf sebahagian dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi membolehkan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak dapat dibina dan beroperasi (RM102 juta); dan
- Projek membina jalan baru dari Kampung Timah SKC ke Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung (RM8 juta),
- 2011 :RM218 juta ii. 2012 :RM300 juta
-
Berapakah peruntukan bagi membaik i jalan JKR di DUN Sungai Air Tawar bagi Tahun 2011,2012 dan 2013?
Berikut adalah peruntukan bagi membaiki jalan JKR di DUN Sungai Air Tawar:-
- bagi tahun 2011:
Bil Nama Projek Kos Projek (RM) 1 Cadangan Memperbaiki Jalan Tuju Kepada Jambatan-Jambatan Di Jalan B44 Sungai Panjang
Hulu Bernam, B55 Jalan Sungai Air Tawar Dan
B46 Jalan Parit Baru Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
174,900.00 2 Menyelenggara Dan Memperbaiki Jalan Sultan, Jalan Hj Ikhsan Dan Jalan Maarof Sungai Tengar
Selatan, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
187,300.00 Jumlah 362,200.00 - bagi tahun 2012
Bil Tajuk Sebutharga Kos Projek (RM) 1 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan B55 B46 Jalan Sg Air Tawar-Parit Baru Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. 302,900.00 2 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan Tebuk Jawa Dari Tebuk Mufrat Ke Tebuk Yusof Sungai Air
Tawar Sabak Bernam, Selangor
150,960.00 3 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan Bagan Parit Baru Daerah Sabak Bernam, Selangor 49,140.00 Jumlah 503,000.00 - bagi tahun 2013 pula tiada kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan di DUN Sungai Air Tawar