Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
325) PEMBANGUNAN DI KAWASAN BEKAS KEDAI TERBAKAR DI JALAN SASARAN PEKAN SUNGAI BULOH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membangunkan semula kawasan tapak kedai yang terbakar di Jalan Sasaran Pekan Sungai Buluh?
Pihak Majlis tidak bercadang untuk membangunkan semula tapak kedai yang terbakar tersebut. Majlis akan mengemukakan permohonan untuk mewartakan tapak tersebut sebagai kawasan lapang awam kerana tapak tersebut berada dalam kawasan rezab sungai yang mana sepatutnya berada dalam keadaan dan lapang dan boleh dibangunkan untuk tujuan taman awam.
-
Jika ada pembangunan semula, bilakah ia akan dilaksanakan?
Taman awam akan dibina secara gotong-royong bersama-sama dengan penduduk Sungai Buloh, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pemeliharaan sungai. Pelaksanaan ini akan dibuat secara berterusan dalam tahun 2014 dan tahun 2015.
-
Apakah mangsa-mangsa kebakaran yang telah berniaga dan bertapak lama di kawasan berkenaan akan diberi tawaran untuk memiliki atau menyewa?
Kawasan bekas tapak kedai terbakar ini tidak akan disediakan untuk aktiviti perniagaan. Peniaga awal di sini pernah ditawarkan untuk membeli lot-lot kedai berhampiran. Mereka juga pernah ditawarkan untuk menyewa ruang perniagaan di Bazar Sungai Buloh berhadapan dengan lokasi ini.