Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

312) BANTUAN UNTUK GOLONGAN MUDA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bersedia menyediakan tempat perniagaan untuk golongan usahawan anak muda, terutamanya di DUN Teratai?

    Kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan bantuan perniagaan kepada anak muda dalam usaha untuk membantu mereka menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan penyediaan sewaan premis perniagaan kepada golongan usahawan seperti di Uptown Shah Alam dan Pasar Seri. Seterusnya, kerajaan yang turut menyediakan Kursus Keusahawanan kepada mereka bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan pinjaman daripada Skimsel dan Mimbar bagi memulakan perniagaan.

  2. Apakah tindakan pelaksanaan untuk perkara 8 (a) tersebut?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk program pembangunan anak muda?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM50 juta dari jumlah Rizab Negeri bagi projek pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan telah merancang untuk mengadakan program dengan kerjasama daripada Inpens dan Jabatan-jabatan Kerajaan dan NGO seperti mewujudkan Yayasan BES, Program-program kemahiran dan teknikal, Program-program keusahawanan dan Program Pemerkasaan Belia. Program-program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan anak muda untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan, kepimpinanan dan kemahiran dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.