Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
307) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Hulu Selangor yang mana menghadapi kekurangan tenaga kerja untuk berkhidmat kawasan yang terluas sekali berbanding dengan PBT lain di Negeri Selangor?
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah mengemukakan penstrukturan semula agensi kepada pihak JPA untuk pertambahan jawatan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan.
MDHS telah mengemukakan permohonan penstrukturan perjawatan kepada JPA melalui Kerajaan Negeri pada tahun 2012 dan 2014 tetapi masih belum mendapat jawapan.