Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
304) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambahkan mata pelajaran yang ditawarkan?
Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak lagi berhasrat untuk menambah matapelajaran untuk program PTRS. Matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris adalah merupakan matapelajaran teras dan wajib diambil oleh semua pelajar.
-
Apakah pencapaian para peserta PTRS dalam peperiksaan SPM?
Pencapaian para peserta PTRS dalam peperiksaan secara umumnya, adalah baik dan mampu melayakkan mereka untuk menyambung pengajian di peringkat IPT. Statistik pencapaian keputusan SPM peserta PTRS pada tahun 2012 adalah seperti berikut:
SUBJEK/GRED A B C D E G BAHASA MELAYU 26 % 46% 19% 6% 1% 1% BAHASA INGGERIS 12% 26% 29% 22% 7% 4% MATEMATIK 31% 22% 23% 12% 6% 6% SEJARAH 23% 29% 31% 10% 4% 3% Kesimpulannya peratus pelajar yang lulus berdasarkan matapelajaran adalah seperti berikut :
Mata pelajaran Peratus lulus Bahasa Melayu 99% Bahasa Inggeris 96% Matematik 75% Sejarah 97% -
Berapakah perbelanjaan untuk melaksanakan PTRS dalam setahun?
Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pelaksanaan PTRS adalah sebanyak RM 3.4 juta setahun bermula pada tahun 2009 sehingga 2014 untuk 56 kawasan Dewan Negeri.