Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
303) TOURISM SELANGOR SDN. BHD.
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tourism Selangor Sdn. Bhd. sebuah agensi Kerajaan Negeri telah pergi ke beberapa program promosi di luar Negara pada tahun 2013. Mohon disenaraikan program promosi luar Negara yang dihadiri dan apakah program ini berkesan tarik pelancong ke negeri ini?
Program promosi luar negara yang dihadiri oleh Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) pada tahun 2013 adalah seperti berikut:-
BIL. PROGRAM NEGARA TARIKH 1. ASEAN Tourism Forum Laos Laos 20-25 Januari 2. India (South Asia Travel & Tourism Exhibition) India 8-18 Januari 3. Arabian Travel Market Dubai Dubai 6-9 Mei 4. North China Tourism Fair (NCTF) China 30 Ogos-1 September 5. Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore Singapura 11-13 Oktober 6. Indonesia Travel Expo & Selangor Meets Indonesia Indonesia 25-29 Oktober Program ini amat berkesan dalam usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Perkara ini dapat dilihat daripada peningkatan statistik kedatangan pelancong negara-negara tersebut daripada tahun 2012 hingga 2013. Statistik kedatangan pelancong adalah seperti berikut:-
NEGARA TAHUN PENINGKATAN PELANCONG
(ORANG)
PERATUS PENINGKATAN
PELANCONG (%)
2012 2013 ASEAN 4,814,478 5,040,560 226,082 4.7 India 136,526 175,495 38,969 28.5 Middle East 126,083 128,785 2,702 2.0 China 730,459 740,933 10,474 1.4 Singapura 740,666 806,321 65,655 8.9 Indonesia 223,965 307,641 83,676 37.3 Sumber : Tourist Information Center, KLIA
-
Apakah bahan promosi yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu sebar maklumat kepada pelancong luar Negara dan berapakah kos peruntukan terlibat?
Bahan promosi yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu penyebaran maklumat kepada pelancong luar Negara dan kos peruntukan adalah seperti berikut:-
BIL. BAHAN PROMOSI KOS PERUNTUKAN
(RM)
KETERANGAN 1. Selangor Breakaway 234,805.00 • Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pembaca mengenali destinasi-destinasi pelancongan di Negeri Selangor.
• Buku panduan ini telah disusun mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor di dalam Bahasa Inggeris.
• Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah seperti berikut:
1. Destinasi Pelancongan
2. Nombor telefon
3. Website
4. Koordinat
2. Peta Pelancongan Negeri Selangor 44,000.00 • Peta pelancongan ini diterbitkan sebanyak 10 000 unit di dalam Bahasa Inggeris • Peta Pelancongan memaparkan destinasi pelancongan yang menarik di sembilan daerah Negeri
Selangor.
• Peta Pelancongan ini diterbitkan dalam bentuk visual bergambar yang lebih menarik iaitu bentuk ‘Fun Map’.
3. DVD Selangor 177,800.00 DVD ini memaparkan produkproduk pelancongan di Negeri Selangor dalam bentuk
penceritaan dan visual
DVD ini terdapat dalam tiga bahasa iaitu: 1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Mandarin