Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
302) PENGUSAHA TANAMAN NURSERI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan terhadap pengusaha ini?
Pada 20 Mei 1999 Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Petaling telah bersetuju untuk memperakukan supaya Lesen Menduduki Sementara (LMS) dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN). Pada 10 November 1999 permohonan LMS di atas rezab Jabatan Bekalan Air sepanjang 16 KM diluluskan oleh MMKN kepada PKPS yang mana sebanyak 89 lot tanah diperuntukkan kepada semua pengusaha nursery yang terlibat. Pada 6 Julai 2005 permohonan pembaharuan LMS sebanyak 55 lot oleh PKPS dan taman tempoh 31 Disember 2008. Pada 10 Ogos 2009 pengusaha nurseri telah mengemukakan permohonan sebanyak 63 plot. Keputusan MMKN Bil 12/2011 bertarikh 4 April 2012 telah bersetuju bahawa kesemua tapak tersebut diberikan keapda Yayasan Selangor. Surat kelulusan keapda Yayasan Selangor dikeluarkan pada 5 Mei 2011 dan surat penolakan kepada pengusaha nursery telah diekluarkan pada 25 Mei 2011.
-
Nyatakan statistik bilangan pengusaha tanaman nurseri di kawasan Sungai Buloh?
89 orang pengusaha
-
Adakah pihak kerajaan mengutip sebarang cukai daripada mereka?
Tiada