Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

301) PEMBANGUNAN SEMUA ASRAMA TUN DR ISMAIL DAN TOH PUAN NORASHIKIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek tersebut?

    PROJEK: Cadangan Pembangunan Bercampur di Atas Lot 544 & 545 Jalan Kampung Pandan, KL

    Status Projek: Menunggu keputusan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor  untuk meneruskan Projek ini dengan Pemaju yang telah dikenalpasti melalui proses tender terbuka.

    Butiran Tawaran oleh Pemaju yang telah dicadangkan:

    1. Tempoh siap Projek: 5 Tahun
    2. Kos Pembangunan: RM823,276,760.00
    3. Nilai Pembangunan Kasar (GDV): RM1,887,868,900.00
    4. Pulangan kepada YS (30%): RM566,360,670.00

    Mekanisme untuk memastikan kelancaran Projek:

    1. Semua pelan pembangunan dan pembinaan akan disemak dan perlu mendapat kelulusan dari YS
    2. Penubuhan JK Teknikal untuk memantau kerja-kerja di tapak bina, terutamanya kelancaran kerja, mutu kerja, mutu kemasan dan keselamatan tapak kerja
    3. Penubuhan JK Komersial untuk memantau, menyemak dan mengesahkan segala aspek komersial seperti pemasaran, jualan, perjanjian jualbeli (SPA), dan bayaran berjadual kepada YS
    4. Mesyuarat Koordinasi antara pemaju dan YS akan diadakan segala berkala untuk membincang dan menyelesaikan segala permasalahan Projek

    Sekolah Berasrama Penuh YS:

    1. Projek ini masih di peringkat kajian untuk mengena lpasti perkaraperkara berikut:
      1. Tapak yang paling sesuai
      2. Konsep dan format sekolah
      3. Anggaran kos pembinaan, operasi dan penyelenggaraan
  2. Bagaimanakah penyelesaian isu dan bantahan terhadap projek yang wujud?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah mekanisme untuk memastikan projek ini berjalan lancar?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.