Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
298) KENDERAAN RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jenis kenderaan rasmi yang digunakan oleh Kerajaan Negeri berserta no pendaftaran dan penjawat yang menggunakannya?
- Butiran senarai jenis kenderaan rasmi Kerajaan Negeri berserta nombor pendaftaran dan penjawat yang menggunakannya dilampirkan butiran lengkap seperti di Lampiran A
-
Berapakah kos pembelian kenderaan rasmi yang digunakan oleh Kerajaan Negeri?
- Kos pembelian kenderaan rasmi Kerajaan Negeri juga boleh di rujuk dalam Lampiran A
-
Apakah prosedur bagi melupuskan kenderaan yang tidak digunakan?
- Sebelum sebuah kenderaan disyor untuk dilupuskan, ia perlu menjalani pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dengan melepasi faktor pertimbangan untuk mendapatkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) seperti yang ditetapkan di dalam Lampiran E1 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013, Faktor-Faktor Pertimbangan Mendapatkan Sijil PEP (rujuk Lampiran B).
Apabila kenderaan telah memperolehi Sijil Perakuan Pelupusan (PEP), proses seterusnya perlu mematuhi Perkara 36, aliran dan proses kerja dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) (rujuk Lampiran C1 dan C2).
Kenderaan akan diperiksa oleh Lembaga Pemeriksa yang dilantik dan laporan akan diserahkan kepada Urusetia Pelupusan. Syor pelupusan oleh Lembaga Pemeriksa akan dihantar kepada Kuasa Melulus (Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor) dan pelupusan akan dijalankan mengikut keputusan Kuasa Melulus samada sebutharga terbuka, tender terbuka, hadiah atau sebagainya. Satu sijil pelupusan akan dikeluarkan dan dihantar kepada Kuasa Melulus bersama dokumen-dokumen sokongan setelah proses pelupusan dilaksanakan.