Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
293) KADAR LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kadar lesen perniagaan dan industri di kawasan PBT Selangor dikatakan naik mendadak. Apakah jenis lesen yang terlibat dengan kenaikan ini?
Lesen yang terlibat dengan kenaikan ini adalah semua aktiviti di bawah Undang –undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1987 dan yang di kemaskini kepada tahun asas 2007.
Asas kepada semakan semula kadar adalah seperti berikut:
- Kadar yang berbeza di antara PBT.
- Tiada perbezaan kadar bagi industri dan komersial.
- Wujud perniagaan baru yang tidak di senaraikan dalam UUK 1987.
Asas Penetapan Kadar baru
- Penyelarasan kadar supaya tidak wujud perbezaan ketara di antara PBT
- Penyesuaian dengan perubahan ke atas perkembangan
terhadap sesuatu aktiviti perniagaan
- Berlandaskan tahap sosio-ekonomi di sesuatu kawasan PBT berkenaan.
-
Apakah contoh kadar kenaikan sebenar lesen mengikut PBT berbanding kadar terdahulu?
Contoh kenaikan sebenar lesen berbanding dahulu seperti berikut:
CONTOH JENIS LESEN
PBT Jenis Lesen Kadar pada tahun asas 1987
(RM)
Kadar pada tahun asas 2007
(RM)
Peratus Perbezaan MBPJ Pusat Tuisyen 180.00 240.00 33% MBPJ Sekolah Persendirian 180.00 180.00 0% MPSJ Kedai Menjual Kenderaan Baru 220.00 1,000.00 355% MPSJ Kedai Jam 180.00 250.00 39% CONTOH KENAIKAN MENGIKUT KELUASAN
PBT Keluasan Kadar pada tahun asas 1987
(RM)
Kadar pada tahun asas 2007 (RM)
Membuat/ Memproses Memborong/ Menyimpan Menjual/ Memberi
Perkhidmatan
MPK Ubat Farmasi Dan Produk Lain Yang
Berkaitan
1,000.00 360.00 (a) Tidak melebihi 500 m.p 950.00 500.00 – (b) Melebihi 500 m.p
1,000.00 650.00 – MPAJ Ubat gigi, sabun pembersih, alat solek, bedak muka, krim rambut atau syampu
400.00 – – 400.00 (c) Tidak melebihi 500 m.p 280.00 200.00 – (d) Melebihi 500 m.p
380.00 400.00 – -
Adakah proses kenaikan kadar ini sebelum dikuatkuasakan?
Usaha pelaksanaan kadar baru ini telah bermula pada tahun 2004 bagi penyeragaman dan penambahbaikan Undan-undang Kecil PBT. Pelaksanaan kadar fi lesen dan bayaran deposit mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Undang-undang Kecil 2007 di PBT Negeri Selangor. Pada 2007, Undang – undang kecil tersebut telah ditangguhkan susulan bantahan daripada pengusaha perniagaan dan perindustrian mengenai kadar fi lesen di beberapa PBT yang dikatakan telah naik secara mendadak. Pada November 2008, Kerajaan Negeri telah memutuskan dalam MMKN Ke-31 kadar fi mengikut Undang-undang Kecil 2007 ditangguhkan.
Pada 10 September 2013 telah diadakan satu perjumpaan bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada pihak persatuan dan para peniaga serta pihak berkepentingan mengenai kadar fi tahun 2007. Maklumbalas yang diterima adalah positif dan kebanyakan isu yang di bangkitkan tidak menjurus kepada isu kenaikan kadar fi lesen.
Melihat pada trend kemerosotan peruntukan perbelanjaan pembangunan dan jika tiada pertambahan hasil dalam tempoh 3 hingga 4 tahun lagi kemungkinan tiada lagi peruntukan perbelanjaan pembangunan di 12 PBT. Sebagai rekod pada tahun 2010 dan 2011, hanya 4% diperuntukkan dalam bajet perbelanjaan pembangunan bagi 12 PBT dan dikuti 5% bagi tahun 2012. Hanya pada tahun 2013 peruntukan perbelanjaan pembangunan tertinggi iaitu sebanyak 10% namun menurun pada tahun 2014 kepada 8% sahaja. Jumlah kenaikan kadar fi lesen ini akan diperuntukkan untuk bajet pembangunan PBT pada tahun 2015 dan perkara ini akan dipastikan semasa penyediaan bajet PBT pada tahun 2015.