Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

292) HAIWAN PEROSAK TANAMAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor berhubung masalah haiwan perosak tanaman. Nyatakan jumlah operasi memerangkap haiwan perosak tanaman di DUN Sg. Air Tawar?

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor telah menjalankan operasi / tindakan berhubung haiwan perosak di DUN Sg. Air Tawar sebanyak 55 kali pada tahun 2013 dan sebanyak 13 kali pada tahun 2014 (Jan – Feb).

  2. Nyatakan jumlah haiwan yang telah ditangkap dan ke manakah haiwan dipindahkan?

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor telah menangkap sebanyak 740 ekor kera pada tahun 2013 dan 243 ekor pada tahun 2014 (Jan – Feb). Kesemua kera yang ditangkap terpaksa dimatikan / dilupuskan. Kera yang ditangkap tidak dipindahkan ke kawasan lain kerana tiada tempat bersesuaian untuk tujuan tersebut, di samping akan mendatangkan konflik di tempat lain jika ia dipindahkan.

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang menubuhkan task force mengatasi masalah ini?

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor sememangnya telah mewujudkan task force bagi mengatasi masalah konflik hidupan liar di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.