Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

289) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan perkhidmatan bas percuma oleh setiap PBT?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan program perkhidmatan bas awam percuma yang juga dikenali sebagai bas komuniti. Program ini telah pun dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Manakala bagi kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), peringkat kajian telah diselesaikan sepenuhnya untuk tujuan pelaksanaan.

  2. Apakah cadangan jangka masa pendek untuk ia diperkembangkan untuk tahun 2014?

    Cadangan jangka pendek yang dikenalpasti oleh PBT adalah untuk mensasarkan pelaksanaan bas percuma di laluan-laluan baru yang tidak menerima perkhidmatan pengangkutan awam berdasarkan kriteria ditetapkan. Bagi jangka masa panjang PBT telah melaksanakan kajian-kajian untuk mengenalpasti laluan-laluan yang lebih strategik dan menyeluruh bagi tujuan ini. PBT juga akan memastikan pelaksanaan ini berjaya dan berterusan serta akan diperluaskan secara berperingkat demi memastikan pelaksanaan ini dapat dinikmati dan memberi manfaat kepada semua. Pelaksanaan bas awam percuma yang berterusan, dijangka dapat memberi impak yang positif dalam usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta kebergantungan kepada kenderaan persendirian untuk jangka masa yang panjang.

  3. Apakah cadangan jangka masa panjang untuk ia diperkembangkan?

    Samas eperti di SUB (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.