Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

279) PENURUNAN PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor mencatatkan pelaburan RM3.4 bilion sehingga Ogos 2013 berbanding RM11.7 bilion pada tahun 2012. Apakah faktor utama penurunan mendadak ini?

    Antara faktor utama penurunan prestasi pelaburan ini adalah disebabkan oleh;-

    • Kesan kemerosotan ekonomi global yang menyebabkan para pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam perancangan pengembangan perniagaan mereka.
    • Kos memulakan perniagaan yang agak tinggi di Selangor seperti harga tanah yang agak mahal.
    • Kekurangan kawasan industri yang siap dibangunkan dengan kemudahan infra.
    • Persaingan dengan negeri-negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang menawarkan kawasan industri yang telah siap dibangunkan dengan kemudahan infra serta harga tanah yang lebih kompetitif

    Namun begitu, jumlah pelaburan yang diterima sepanjang tahun 2013 tidak lah menunjukkan perbezaan yang besar dimana pada tahun 2013 sebanyak RM 9.83 bilion nilai pelaburan telah diluluskan berbanding sebanyak RM 11.74 bilion pada tahun 2012.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membendung penurunan tersebut?

    Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membendung penurunan prestasi pelaburan adalah seperti berikut;-

    1. Pengurusan

    • Menggalakkan pertumbuhan kawasan perindustrian baru dan memperkenalkan konsep pembangunan kawasan perindustrian yang lebih selesa dan kondusif.
    • Membantu para pelabur mendapatkan kelulusan pembangunan bagi membolehkan mereka memulakan operasi dalam tempoh yang cepat.
    • Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor serta membantu pihak syarikat sekiranya ada perancangan untuk penambahan pelaburan.
    • Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    • Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    • Melipat gandakan usaha promosi pelaburan ke negara-negara yang berpotensi.

    2. Networking

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui SSIC akan merangka program lawatan ke luar Negara sekuarangkurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Melantik wakil di luar Negara bagi membantu mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negara berkenaan.
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara mereka.

    3. Promosi

    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar Negara.
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf antarabangsa.
  3. Apakah kesan sosioekonomi negeri jangka pendek dan jangka panjang hasil penurunan pelaburan ini?

    Antara kesan sosioekonomi negeri jangka pendek dan jangka panjang hasil penurunan pelaburan ini adalah seperti berikut;-

    • Kesan Jangka Pendek:
    • Mengurangkan potensi peluang pekerjaan
    • masalah sosial seperti kes kecurian kerana kekurangan sumber pendapatan. iii. Mengurangkan sumber pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan melalui cukai pintu dimana pihak industri merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan. iv. Menjejaskan pertumbuhan industri-industri perkhidmatan sokongan seperti industri perbankan, pergudangan dan logistik dan lain-lain industri perkhidmatan yang berkaitan.

                    2.   Kesan Jangka Panjang

    1. Kemerosotan pertumbuhan ekonomi negara. ii. Menjejaskan pertumbuhan KDNK negeri dan Negara secara amnya kerana sektor perindustrian merupakan sektor penyumbang kedua terbesar kepada KDNK Negeri selepas sektor perkhidmatan.

    iii. Menjejaskan pertumbuhan dan pembangunan pusat pertumbuhan baru dan pembangunan fizikal di Negeri Selangor.

    Namun begitu, kesan penurunan jumlah pelaburan di sektor perkilangan ini tidaklah memberi kesan impak sosioekonomi yang besar kepada Negeri Selangor kerana aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain seperti pembangunan hartanah, perkhidmatan pelabuhan, logistik, pendidikan, perubatan, pelancongan dan lain-lain masih rancak membangun.

Lampiran

Tiada Lampiran.