Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

275) JALAN ALTERNATIF TANPA TOL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bandar Saujana Putra Puchong mencecah kepadatan 25 ribu penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan jalan alternatif tanpa tol kepada penduduk- penduduk ke destinasi Puchong, Kota Kemuning dan Putrajaya bagi tujuan menyelesaikan masalah kesesakan?

    Status pembinaan flyover di Persiaran Utama yang menghubungkan Plaza Tol ELITE interchange dan Plaza Tol SKVE interchange masih belum dibina. Pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pemaju utama telah membuat siasatan dan mendapati bahawa jumlah kenderaan (volume) yang melalui kedua-dua interchange ini serta jumlah kenderaan di dalam Bandar Saujana Putra pada ketika ini masih rendah dan tiada berlaku kesesakan lalulintas yang ketara di Bulatan Persiaran Utama iaitu lokasi flyover yang dicadangkan.

     

  2. Apakah status pembinaan fly-over di Persiaran Utama?

Lampiran

Tiada Lampiran.