Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

271) SIASATAN JAIS DI PEJABAT PERSATUAN BIBLE MALAYSIA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi siasatan JAIS terhadap persatuan tersebut?

    Kronologi siasatan adalah seperti berikut:

    Bil Tarikh Butir Penyiasatan
    1 6 November 2013 Terima        aduan awam berhubung penggunaan

    Kalimah ”Allah”.

    2 7 November 2013 Keluar arahan laksana risikan.
    3 2 Disember 2013 Terima laporan siasatan daripada pegawai risikan.
    4 23          Disember

    2013

    Keluar arahan laksana pemeriksaan di lokasi.
    5 2 Januari 2014 Siasatan dan pemeriksaan di lokasi.
    6 30 Januari 2014 Kertas Siasatan dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya.
    7 6 Februari 2014 Perbincangan Kertas Siasatan di Pejabat Peguam Negara
    8 7 Februari 2014 Kertas Siasatan dikembalikan       untuk siasatan lanjut.
    9 24 Februari 2014 Kertas Siasatan dilengkapkan.
    10 25 Februari 2014 Kertas Siasatan dikemukakan dan dibincangkan di Pejabat Peguam Negara.
    11 6 Mac 2014 Kertas Siasatan dikembalikan semula dan dikehendaki membuat semakan semula dengan Kemeterian Dalam Negeri.
    12 Kini Sedang dalam semakan pihak Kementerian Dalam Negeri.
  2. Nyatakan SOP siasatan JAIS dalam kes ini dan apakah elemen yang perlu dipinda?

    JAIS mempunyai Standard Operating Procedure yang digunapakai bagi melaksanakan satu-satu siasatan dan tindakan terhadap kesalahan jenayah syariah. Walau bagaimanapun, buat masa ini, JAIS tidak mempunyai SOP yang khusus berhubung satu-satu tindakan yang melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988. JAIS akan sentiasa menambah baik dan memperincikan SOP yang digunapakai dari semasa ke semasa. Untuk makluman, SOP mengenainya sedang dideraf untuk dibentang dan dibincang dalam Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988 yang ditubuhkan melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor bil.1/2014.

  3. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap proses siasatan tersebut?

    Soalan ini telah ditolak. (Surat Tuan Speaker Dewan Negeri (41)dlm.DUN.Sel.30287/17 Jld.17)

Lampiran

Tiada Lampiran.