Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

248) MERAKYATKAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Pusat membina ÒKedai Rakyat Satu MalaysiaÓ dengan harga barangan yang murah, adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang akan mengambil inisiatif yang sama?

    Pembinaan Kedai Rakyat 1Malaysia seperti yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat adalah tindakan yang mendorong untuk menafikan pengusaha-pengusaha runcit yang telah sedia ada berniaga di kawasan setempat atau sekitar kedai Rakyat 1Malaysia dibangunkan.

    Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor adalah berbeza daripada inisiatif oleh Kerajaan Pusat. Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor adalah bagi melaksanakan dan menggalakkan usaha-usaha keusahawanan dan program berasaskan ekonomi seperti Skim Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) yang menyediakan tapak-tapak atau kiosk perniagaan. Usaha ini adalah lebih telus dalam membantu pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai kemampuan dalam membekal barangan untuk terlibat secara terus dalam memperkenalkan produk mereka serta mewujudkan persaingan yang sihat.

Lampiran

Tiada Lampiran.