Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
247) STATUS PENDUDUK SETINGGAN DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG, PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah perpindahan penduduk Setinggan di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran telah timbul pada tahun 2002 tetapi masih tidak dapat diselesaikan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin?
Kelewatan penyelesaian Setinggan di Jalan Papan adalah disebabkan tindakan mahkamah yang diambil oleh penduduk. Isu tersebut telah diselesaikan pada tahun 2008 dan kini pihak Majlis Perbandaran Klang sedang mengemaskini maklumat penduduk dengan mengadakan bancian semula pada 08/12/2012 hingga 09/12/2012. Senarai penama akan diserah kepada Jawatankuasa Tetap (Stanco) Peneroka Bandar Negeri Selangor untuk diperakukan sebelum dikemukakan kepada pemaju tanah Jalan Papan untuk ditawarkan kepada penduduk yang layak.
Bagi kaedah penyelesaian Setinggan Jalan Bukit Kerayong ke tapak sementara di Uptown, Pandamaran, kelewatan adalah disebabkan oleh keengganan pemaju untuk memeterai perjanjian berdasarkan beberapa klausa yang dianggap membebankan pemaju. Isu tersebut telah diselesaikan dengan meminta pemaju membina kedai kos rendah di tapak yang telah diluluskan oleh MPK dan penduduk akan di tawarkan unit-unit kaedah kos rendah apabila siap dibina oleh pemaju Melati Ehsan Sdn. Bhd.