Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

244) PROJEK BANDAR SELAMAT DI SAUJANA UTAMA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebanyak RM 1.2 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek Bandar Selamat di Saujana Utama. Apakah perincian projek Bandar Selamat tersebut?

    Peruntukan sebanyak RM 1.2 juta yang diterima oleh Majlis Daerah Kuala Selangor menerima adalah jumlah keseluruhan peruntukkan yang diterima  dari Kementerian Dalam Negeri di bawah NKRA mengurangkan Jenayah pada tahun 2011 sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu (RM 500,000.00 dan pada tahun 2012 menerima sebanyak Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Ribu (RM 700,000.00).

  2. Nyatakan kontraktor yang terlibat untuk melaksanakan projek ini?

    Pada tahun 2012 Majlis Daerah Kuala Selangor  menerima peruntukkan keseluruhan berjumlah RM 700,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Puluh Satu Ribu, Tujuh Ratus Sembilan Belas dan Sen Lima Puluh (RM 161,719.50) diperuntukkan bagi Pelaksanaan Projek Bandar Selamat di Saujana Utama.

    Perincian Projek Bandar Selamat di Saujana Utama adalah seperti berikut :-

    Bil Senarai Kerja Kuantiti/

    Unit

    Harga

    (RM)

    Kontraktor
    1 Menaiktaraf  lampu Jalan  di Saujana Utama 60 unit 33,500.00 Hamsul

    Resources

    2 Menaiktaraf lampu jalan di Persiaran Elmina Saujana Utama. 30 unit 19,650.00 Hijrah Elektrik Sdn. Bhd.

     

    3 Pembinaan laluan pejalan kaki dan besi penghadang di persiaran Saujana 1 dan Pesiaran Saujana 2

    (Hadaan Sekolah Rendeh/Menengah

    Saujana Utama )

    •  584 m panjang

    •  150 unit

    (2m x

    1.3m) GI

    Pipe

    108,569.50 Ayu Har Enterprise
    JUMLAH 161,719.50

Lampiran

Tiada Lampiran.