Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
235) UNJURAN PELABURAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah Exco yang berkenaan menyatakan apakah faktor pemangkin dan faktor pembanteras yang dapat mempengaruhi kadar pelaburan ekonomi ke dalam negeri Selangor?
Faktor pemangkin dan faktor pembenteras yang mempengaruhi kadar pelaburan ekonomi ke dalam negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Faktor Pemangkin:
- Kewujudan agensi penggalakan pelaburan seperti SSIC bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
- Kewujudan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat kelulusan pembangunan
- Kedudukan yang strategik berdekatan dengan Pusat Pentadbiran dan juga kemudahan aktiviti import dan eksport.
- Kestabilan Politik dan Polisi Kerajaan.
- Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua memudahkan para pelabur berkomunikasi dengan pekerja tempatan.
- Hak Perlindungan Harta Intelek
- Jaringan jalan raya dan lebuh raya yang selesa
- Industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, perbankan dan lainlain.
- Sumber Tenaga Mahir dan separuh mahir
- Kemudahan pendidikan untuk anak-anak ekspatriat seperti
International School.
- Gaya hidup seperti kemudahan pusat membeli belah, padang golf dan lain-lain kemudahan untuk aktiviti riadah.
- Kemudahan pusat perubatan bertaraf antarabangsa
- Kemudahan prasarana pelaburan yang kondusif dengan mewujudkan kawasan Industri yang selesa dan lengkap dengan kemudahan infra seperti Selangor Science Park yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
- Faktor Pembenteras:
- Kesan kemerosotan ekonomi global yang menyebabkan para pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam perancangan pengembangan perniagaan mereka.
- Kos memulakan perniagaan yang agak tinggi di Selangor seperti harga tanah yang agak mahal.
- Kekurangan kawasan industri yang lengkap dengan kemudahan infra.
- Kesulitan mendapatkan sumber tenaga kerja tempatan.
- Kesulitan mendapatkan kelulusan sumber tenaga asing bagi menampung keperluan.
- Persaingan dengan negeri-negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang menawarkan kawasan industri yang lengkap dengan kemudahan infra serta harga tanah yang lebih kompetitif.
Kawasan-kawasan industri sedia ada yang tidak diselenggara dengan sempurna.