Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
223) GERAI WARGA ASING
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT terhadap peniaga warga asing yang mengusahakan gerai haram?
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membentangkan kertas laporan berkaitan Pasar Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MTES) yang telah diadakan pada 13 Februari 2014. Laporan tersebut mengandungi cadangan lokasi pemindahan sementara peniaga-peniaga dari tapak pasar sediada ke lokasi yang akan disediakan oleh pihak MBSA. Peniaga-peniaga ini perlu dipindahkan ke lokasi lain berikutan daripada Notis Pengosongan Tapak yang dikeluarkan oleh pemilk tapak iaitu Tetuan AEH Capital Sdn. Bhd. bagi memberi ruang kepada tapak pembinaan bangunan baru Pasar Taman Seri Muda. Mesyuarat MTES tersebut juga telah bersetuju bahawa Kerajaan Negeri akan menanggung kos pembinaan Pasar Taman Seri Muda sepenuhnya yang akan menelan belanja sebanyak RM 23 juta.
Pihak Majlis seterusnya telah melantik perunding Tetuan Che Wan Architect untuk menyediakan rekabentuk pasar moden yang berkonsepkan Teknologi Hijau. Pembentangan projek oleh perunding yang dilantik telah dibuat pada 28 Februari 2014di hadapan Datuk Bandar dan Pihak Pengurusan Majlis mengenai rekabentuk cadangan serta program kerja pembangunan bagi menyiapkan pasar berkenaan. Terdapat beberapa teguran yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pasar ini seperti kemudahan orang kurang upaya, Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) dan Pusat Kitar Semula. Keluasan ruang unitunit untuk peniaga ialah 12’ x 12’.
Jabatan Perlesenan juga telah diminta untuk membuat inventori serta menentukan bilangan peniaga yang akan ditempatkan di pasar baru ini supaya Perunding dapat menyediakan ruang secukupnya dalam pelan lantai pasar tersebut. Jabatan Perlesenan telah memberi ketetapan sebanyak 178 unit premis seperti berikut :
BIL PECAHAN PENIAGA MENGIKUT JUALAN JUMLAH 1 Makanan / Minuman 68 2 Barangan Kering (Runcit, Peralatan Sembahyang, Barangan Eletrik,Pakaian, Komputer 49 3 Barangan Mentah (Buah-Buahan, Ikan, Ayam, Daging, Sayur,Santan) 41 4 Daging Khinzir 1 5 Lain-Lain (Ejen Insurans,VCD,Akuarium,Bunga,Kedai Jahit, Kedai Gunting Rambut
19 JUMLAH 178 -
Apakah tindakan terhadap mereka yang menyewakan gerai kepada warga asing?
Mengikut perancangan awal proses tender adalah pada bulan Februari 2014. Walau bagaimanapun proses tender tidak dapat dilakukan kerana Perunding masih dalam peringkat menambahbaik rekabentuk selepas pembentangan kali pertama yang diadakan kepada pihak pengurusan MBSA pada 21 Februari 2014. Perunding diberi tempoh hingga April 2014 untuk mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan ke Jabatan Pusat Setempat (OSC) untuk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada bulan Mei 2014.
-
Nyatakan statistik tindakan terhadap mereka yang terbabit mengikut PBT?
Pihak MBSA menjadualkan ‘Bill of Quantities’ (BQ) akan siap pada penghujung bulan Mei. Projek ini akan ditender pada bulan Jun 2014 dan dibawa ke Lembaga Tender Negeri pada penghujung bulan Julai 2014. Pembinaan pula akan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2014 dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan. Projek Pasar Taman Sri Muda ini dijangka siap pada bulan Februari 2016. Carta perbatuan seperti di Lampiran A.
Bil Perkara Tarikh 1. ‘Bill of Quantities’ (BQ) Mei 2014 2. Iklan bagi tender di buka kepada umum Jun 2014 3. Jawatankuasa Penilaian Tender Penghujung Jun 2014 4. Lembaga Tender Negeri Penghujung Julai 2014 5. Pembinaan bermula di tapak Ogos 2014 6. Projek dijangka siap Februari 2016 LAMPIRAN A