Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

212) PEMBAKARAN SAMPAH SECARA HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan pelbagai langkah atau tindakan pencegahan bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka secara haram. Antara langkah-langkah atau tindakan pencegahan yang sedang dan akan diambil adalah seperti berikut :-

    • Memasang papan tanda amaran di tempat-tempat pembuangan sampah secara haram.
    • Mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik tanah yang membenarkan atau menjadikan tanah milik mereka sebagai tempat pembuangan sampah haram.
    • Menjalankan pemantauan harian ke lokasi-lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram.
    • Membersihkan lokasi yang kerap dijadikan sebagai tempat pembakaran terbuka dan tempat pembuangan sampah secara haram.
    • Memeriksa dan memantau tapak-tapak pelupusan haram dan tempat perniagaan barangan lusuh.
    • Menjalankan operasi bersepadu melibatkan semua agensi teknikal yang berkaitan seperti Pejabat Daerah/ Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor.
    • Menguatkuasakan undang-undang berkaitan pembakaran terbuka iaitu Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007.
  2. Berapakah anggota penguat kuasa untuk membanteras pembakaran haram?

    Kebanyakan PBT Negeri Selangor tidak mempunyai bilangan anggota penguat kuasa tertentu yang dikhususkan bagi membanteras pembakaran terbuka secara haram. Hanya beberapa PBT yang mempunyai anggota penguat kuasa khas bagi menangani isu ini iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    Pihak MBSA mempunyai seramai 30 orang anggota penguat kuasa yang terdiri dari unit PANTAS dan ditugaskan untuk membuat pemantauan aktiviti-aktiviti pembakaran haram melalui rondaan dan juga CCTV. Unit PANTAS MBSA dibahagikan kepada empat (4) kumpulan dan ditugaskan sepanjang tempoh 24 jam dengan menggunakan sistem penggiliran tugas (shift). Manakala pihak MPAJ pula mempunyai seramai 15 orang anggota yang bertanggungjawab membuat rondaan di kawasan hot spot pada setiap hari bekerja.

    Selain daripada PBT, Kerajaan Negeri juga dibantu oleh agensi-agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, JPAM dan RELA untuk mempercepatkan pemadaman kebakaran melibatkan kes-kes kebakaran yang luas seperti di kawasan hutan dan tanah gambut.

  3. Berapakah kes yang telah di bawa ke mahkamah dalam tahun 2013?

    Kes pembakaran terbuka secara haram yang telah disediakan Kertas Siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) untuk diambil tindakan mahkamah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah sebanyak 14 kes.

    Data lengkap aduan pembakaran terbuka yang diterima dan diambil tindakan oleh

    JAS mengikut daerah bagi tahun 2013 adalah seperti berikut:-

    BIL. DAERAH BILANGAN ADUAN TINDAKAN JAS
    TAWARAN KOMPAUN PENYEDIAAN

    KERTAS

    SIASATAN

    1. Petaling 446 18
    2. Klang 261 7 5
    3. Gombak 102 9 1
    4. Hulu Langat 226 17 5
    5. Sepang 116 4 2
    6. Kuala Langat 60 1
    7. Kuala Selangor 29
    8. Hulu Selangor 21 11
    9. Sabak Bernam 8 1 1
    JUMLAH 1269 68 14

Lampiran

Tiada Lampiran.