Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

204) MASALAH PEMBIAKAN TIKUS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil beberapa langkah yang drastik bagi membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di bawah :-

    • Mempertingkatkan pemeriksaan, penggredan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis makanan di mana premis yang didapati tidak mencapai piawaian tindakan penutupan premis akan dikenakan.
    • Premis-premis makanan yang berlesen dikehendaki menjalankan tindakan Kawalan Serangga dan Tikus di premis mereka.
    • Memperketatkan syarat-syarat Pengeluaran Lesen Baru serta Pembaharuan Lesen.
    • Mempertingkatkan operasi pembersihan di kawasan-kawasan pasar basah dan kawasan lain yang berpotensi untuk pembiakan tikus.
    • Mengadakan promosi dan pendidikan kesihatan dengan pelbagai cara termasuk ceramah, edaran risalah serta pameran berkaitan Leptospirosis.
    • Melaksanakan operasi kawalan tikus secara berjadual serta mengedarkan Perangkap Tikus dan Gam Perekat Tikus secara percuma kepada pemilik premis perniagaan.
  2. Nyatakan sasaran Kerajaan di peringkat Negeri dan PBT dalam usaha ini.

    Kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan telah menetapkan sasaran yang jelas dalam mengatasi masalah pembiakan tikus di Negeri Selangor iaitu untuk Mengurangkan Populasi Tikus dengan melaksanakan kerjakerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan tindakan undangundang.

Lampiran

Tiada Lampiran.