Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

202) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional kerajaan negeri apabila memperuntukkan RM8.6 juta untuk pembangunan modal insan?

    Rasional peruntukan RM8.6 juta pembangunan modal insan ialah berdasarkan jumlah bilangan penduduk rakyat Negeri Selangor yang ramai iaitu berjumlah 5.6 juta. Pembangunan modal insan adalah proses membina diri manusia supaya menjadi aset yang baik, sihat dan produktif. Jika modal insan tidak baik, tidak sihat dan tidak produktif, ia akan menjadi liabiliti dan beban kepada negeri. Pendapatan negeri akan berkurangan dan kos untuk merawat dan memulihkan manusia seperti kos hospital, kos pemulihan dadah, kos pemulihan akibat minum arak dan kos kaunseling yang terpaksa dibelanjakan akan bertambah.

  2. Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan modal insan Selangor?

    Key Result Area (KRA), objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan modal insan Selangor adalah seperti berikut :

    KRA OBJEKTIF STRATEGIK KPI
    Spiritual Menghayati amalan nilainilai murni universal  di a) % peningkatan amalan nilai-nilai murni/agama
    kalangan rakyat  Selangor b)            % peningkatanpematuhan etika dan disiplin di kalangan warga kerja

    c)            % penguranganamalan rasuah, ponteng kerja di kalangan warga kerja

    Physical Meningkatkan kesihatan yang baik, dinamis dan bertenaga yang menyumbang produktiviti negeri Selangor a) % peningkatan produktiviti pekerja b) % pengurangan kerugian pemilihan pekerja yang tidak efisyen dan efektif.
    Intelektual Memperkasakan penghargaan ilmu dan ilmuan serta sentiasa

    Meningkatkan keupayaan

    daya intelek diri

    a) % peningkatan kemahiran modal insan b) % Pengurangan bilangan penggunaan khidmat kaunseling dalam penyelesaian masalah (mempunyai

    pemikiran kreatif &

    kritikal)

    c) % peserta literasi boleh membaca

     

    KRA OBJEKTIF STRATEGIK KPI
    Emosi Membina kekuatan insan yang stabil emosi dan rasional dalam tindakan a)            % pengurangan kadarperceraian

    b)            % penguranganremaja bermasalah

    (gaduh)

    c)            % peningkatan keharmonian keluarga dan warga kerja

    d)            % pengurangan kadarkeganasan & penindasan dalam rumahtangga dan di tempat kerja

    e)            % pengurangan konflikkerja-keluarga (soalselidik)

    Sosial Menjadikan rakyat

    Selangor yang mampu

    manifestasikan nilai-nilai baik dalam kehidupan harian dan hubungan sesama insan serta alam sekitar

    a)            % peningkatanbilangan tenaga sukarelawan dan agen perubahan S.P.I.E.S. (Briged Amal & Alumni

    SPIES)

    b)            % peningkatan amalankejiranan yang harmoni

    c)            % pengurangan gejala sosial di kalangan masyarakat ( khalwat, zina, dadah, rogol, keganasan, rompak, vandalism, jenayah dll) d) % pengurangan kos

    insan liabiliti (kos

    pengurusan penjara dan pusat pemulihan)

    e) % pengurangan penglibatan aktiviti rempit.

  3. Apakah asas agihan peruntukan kepada modal insan di Selangor?

    Asas agihan peruntukan kepada modal insan Selangor ialah mengikut isu kritikal yang dihadapi oleh rakyat Selangor mengikut kelompok sasaran iaitu remaja, belia, ibubapa, wanita dan pemimpin masyarakat. Isu kritikal ialah penghayatan amalan nilai murni, penjagaan kesihatan dan produktiviti, pembelajaran sepanjang hayat, keperluan hidup yang harmoni dan saling membantu dalam masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.