Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

184) KENDERAAN RASMI MBPJ

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa kenderaan MBPJ yang bukan dari Jabatan Penguatkuasa (contoh Jabatan Sukan) menggunakan cermin hitam?

    Surat arahan kepada Jabatan / Bahagian yang terlibat dengan penggunaan cermin hitam akan dikeluarkan supaya membuka semula penggunaan cermin hitam di kenderaan berkenaan bagi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan

  2. Adakah tindakan ini mendapat kelulusan JPJ dan Kerajaan Negeri?

    Penggunaan cermin hitam ini tidak mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.