Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
179) PENGURUSAN SISA PEPEJAL SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sistem pengurusan sisa pepejal yang digunakan oleh kerajaan Selangor yang mampu mengatasi masalah sampah yang sedia ada?
Jawapan dari UPEN MAKRO.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri mempunyai dua (2) buah tapak pelupusan sanitari, sebuah transfer station sampah, tiga (3) buah tapak pelupusan sisa lengai dan tiga (3) buah tapak pelupusan sampah secara terbuka. Tapak-tapak tersebut adalah seperti di Lampiran 1.
Sistem pengurusan sisa pepejal yang digunapakai Kerajaan Selangor adalah bersifat konvensional iaitu pemprosesan akhir di tapak pelupusan sampah dan dibantu oleh transfer station. Satu Jawatankuasa Task Force Pengurusan Sisa Pepejal telah diwujudkan bagi mengkaji serta mencadangkan kepada Kerajaan Negeri samada keperluan menggunakan teknologi pelupusan sisa pepejal seperti insinerator, Refuse Derive Fuel (RDF), Waste To Energy (WTE) atau teknologi seumpamanya bagi meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan.
-
Bagaimana pendekatan pemulihan tapak pelupusan sampah haram dilakukan, anggaran kos dan tempoh dapat dipulihkan?
Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai pendekatan bagi melakukan proses pemuliharaan tapak pelupusan secara haram antaranya dengan membuat penutupan secara selamat, pasca penutupan dan rampasan tanah akan dibuat sekiranya perlu bagi mengawal masalah tapak pelupusan sampah haram berulang. Walau bagaimanapun, anggaran kos pemuliharaan tapak adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz tapak dan kesan pencemaran selain mengambil masa lebih kurang 2-4 bulan bagi melakukan proses pemuliharaan.
Bagi projek pemuliharaan Tapak Pelupusan Sungai Kertas yang berkeluasan 14.19 ekar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM5,109,450.00 bagi melakukan kerja-kerja pemuliharaan tapak. Manakala bagi Tapak Pelupusan Sungai Kembong yang berkeluasan 74 ekar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM4,738,000.00 yang telah selesai sepenuhnya pada bulan Mei 2011. Kos kerja-kerja pemuliharaan adalah bergantung kepada keadaan tapak berkenaan.
Ketika ini masih terdapat banyak tapak-tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara haram seperti di Jalan Ampang, Hulu Langat dan Jalan Iskandar, Kapar, Klang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dengan menjalankan aktiviti pemantauan secara berterusan dengan mengadakan operasi bersepadu bagi menangani masalah tersebut. Selain daripada itu, tindakan penguatkuasaan telah dikenakan kepada pesalahpesalah yang membuang sampah di tapak tersebut dengan mengenakan kompaun sehingga RM1000.00 selain menyita kenderaan yang terlibat dalam kegiatan tersebut mengikut kepada Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah.
Lampiran 1
Senarai Tapak-Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Negeri Selangor
Tapak Pelupusan Kapasiti Tahun Operasi Jangka hayat Kendalian Tapak Pelupusan Sanitari Jeram,
Kuala Selangor
2700 tan/hari 2007 Sehingga Disember
2016
Worldwide Holdings
Berhad
Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong Duabelas,Kuala Langat.
400 tan/hari 2010 Sehingga tahun 2050 Worldwide Holdings
Berhad
Transfer Station Seksyen 21, Shah
Alam
1200 tan/hari 2007 Konsesi Selama 25 Tahun
Worldwide Holdings
Berhad
Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Dengkil
200 tan/hari 2004 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai
Kuang
120 tan/hari 2007 Konsesi selama 20 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg. Kertas
20 tan/hari 2011 Konsesi selama 10 tahun Worldwide Holdings Berhad. Tapak Pelupusan Secara Terbuka Bukit Beruntong
100-120 tan/sehari 2007 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Sungai Sabai
80-100 tan/sehari 2001 Sehingga tahun 2018 Majlis Daerah Hulu Selangor Tapak Pelupusan Secara Terbuka
Panchang
Bedena
60 tan/sehari 1984 Sehingga tahun 2023 Majlis Daerah Sabak Bernam