Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
177) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah peruntukan Skim Tunas ini untuk Tahun 2014?
Jumlah peruntukan yang telah diperuntukan untuk tahun 2014 adalah sebanyak RM 3 juta.
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambah peruntukan bagi membolehkan golongan keluarga berpendapatan rendah menikmati Skim TUNAS ini?
Kerajaan Negeri akan menilai semula jumlah peruntukan tersebut berdasarkan prestasi jumlah permohonan semasa.