Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

175) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI DAN KETUA STAFF PEJABAT YAB MENTERI BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah struktur organisasi dan berapakah kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi dan Pejabat Ketua Staf?

    Pejabat Penasihat Ekonomi di urus oleh tiga orang kakitangan terdiri daripada Ketua Eksekutif, Eksekutif Komunikasi dan  Pembantu Peribadi.

  2. Berapakah perbelanjaan gaji bulanan kakitangan yang terlibat untuk kedua-dua pejabat ini?

    Perbelanjaan gaji kasar (termasuk caruman KWSP dan elaun ) untuk Pejabat Penasihat Ekonomi adalah sebanyak RM 25,350.00 sebulan.

  3. Berapakah perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi dari tahun 2010 hingga sekarang.

    Pejabat Penasihat Ekonomi menerima  peruntukan perbelanjaan operasi  dari Kerajaan Negeri  sebanyak RM 150,000 setahun. Antara 2010 hingga Disember 2013, jumlah perbelanjaan operasi sebanyak RM 433,129.97. Berikut pecahan mengikut tahun dari 2010 sehingga 2013:-

    Tahun 2010 2011 2012 2013 JUMLAH
    Perbelanjaan 70,926.20 78,259.82 80,690.95 203,253.00 433,129.97

Lampiran

Tiada Lampiran.