Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
174) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi PPR yang bakal dibina oleh kerajaan Negeri mengikut Parlimen dan DUN?
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Buat masa ini belum ada perancangan untuk membina rumah PPR di Negeri Selangor.
-
Nyatakan jumlah unit PPR baru yang akan dibina dan PPR yang sedia ada tetapi masih belum berpenghuni?
Setakat ini 5,436 unit rumah PPR telah dibina di Negeri Selangor iaitu PPR Kg. Baru Hicom, PPR Serendah, PPR Kota Damansara dan PPR Lembah Subang.
Kesemua projek PPR ini telah diduduki oleh penyewa.