Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
173) MASALAH FLAT KOS RENDAH DI FLAT MPK PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaik taraf pendawaian semula sistem elektrik, memperbaiki bumbung dan tangki bangunan yang telah bocor dan juga saluran air yang rosak di Flat MPK Pandamaran yang berusia melebihi 50 tahun?
Pada 2013, Majlis Perbandaran Klang telah pun memohon kepada Kerajaan Negeri supaya menyenaraikan Flat MPK Pandamaran yang telah dijual kepada penghuni-penghuni asal untuk disenaraikan di dalam “Program Pangsapuri Ceria” bagi membantu merealisasikan Rumah Pangsa Kos Rendah ini menjadi pangsapuri yang lebih cantik dan indah dengan program seperti mengecat semula bangunan, pembersihan kawasan, pendawaian semula dan sebagainya tetapi peruntukan tidak diberikan kepada Majlis.