Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
171) PROGRAM TEBATAN BANJIR DAN PENYELENGGARAAN CERUN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap permohonan MPAJ untuk mendapatkan peruntukan bagi program tebatan banjir dan program menstabilkan cerun di bawah pentadbiran masing- masing ?
Kejadian Banjir
- Laporan kejadian banjir di kawasan pentadbiran MPAJ telah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) pada 4 Disember 2013.
- Punca-punca permasalahan di Taman Nirwana, Kg.Pandan dan Taman Ampang Utama telah dikenalpasti.
- Cadangan penyelesaian juga telah dikenalpasti meliputi cadangan memperkemaskan semua jajaran sistem perparitan dan menaiktaraf saiz sistem pembentung (culvert) sedia ada.
- Cadangan-cadangan berkaitan telah dan sedang dilaksanakan secara perolehan sebutharga menggunakan peruntukan semasa MPAJ dengan kos RM 200,000.00. Perincian adalah seperti di LAMPIRAN A .
ii. Penyelenggaraan Cerun
- Bagi usaha melaksanakan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan cerun, MPAJ telah mengemukakan kertas permohonan peruntukan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri.
- Mesyuarat MTES Bil.44/2012 pada 12 Disember 2012 telah meluluskan permohonan MPAJ.
- Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian pinjaman peruntukan sebanyak RM 3,214,726.63 bagi melaksanakan 5 projek pengukuhan cerun (Sila rujuk LAMPIRAN B).
Pinjaman yang telah diberikan hanya akan dibuat pembayaran selepas 2 tahun projek siap dengan dikenakan faedah 4% setahun.
LAMPIRAN A
BIL. NAMA PROJEK KOS PROJEK NAMA KONTRAKTOR TEMPOH 1. Cadangan kerja membekal dan memasang pembentung ke kotak serta lain kerja berkaitan di Jalan 4, Ampang
Utama, Ampang ,Selangor
RM 93,100.00 BENA TELITI ENTERPRISE 8 MINGGU (21/2/2014-17/4/2014)
2. Cadangan kerja membekal dan memasang pembentung ke kotak serta lain-lain kerja berkaitan di Jalan Kemajuan A, Kampung Pandan,
Ampang ,Selangor
RM 75,000.00 – SEBUT HARGA DIBUKA SEMUKA LAMPIRAN B
Bil Lokasi Kos Tarikh Mula/Siap Status Di tapak 1. Lot 19041 Jalan Up 1/8 Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.
RM 1,375,595.88 Perunding :
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd
Kontraktor :
TRIPLE E Enterprise
Tarikh mula : 12 Ogos 2013 Tarikh siap : 12 Mei
2014
90% siap 2. Rizab Jalan Bersebelahan Rumah Kebajikan Good Shepherd Hulu Kelang Selangor.
RM 396,290.55 Perunding :
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd
Kontraktor :
Lepai Maju Construction
Tarikh mula : 12 Ogos 2013 Tarikh siap : 14 Okt
2013
100% siap 3. Lot 36203 Jalan Persiaran Desa Ampang 4, Taman Sri Ampang. RM 667,058.75 Perunding :
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd
Kontraktor :
Semarak Geo Enterprise
Tarikh mula : 12 Ogos 2013 Tarikh siap : 25 Nov
2013
100% siap Bil Lokasi Kos Tarikh Mula / Siap Status Di tapak 4. Sebahagian Lot 27383, Jalan Melati 1, Berhampiran Bulatan Taman Seraya, Taman Bukit
Permai, Selangor Darul Ehsan.
RM 380,322.55 Perunding :
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd
Kontraktor :
Paksi Bumi Niaga
Tarikh mula : 12 Ogos 2013 Tarikh siap : 25 Nov
2013
100% siap 5. Kg. Dato’ Mufti Selangor Darul Ehsan. RM 395,458.90 Perunding :
Kumpulan IKRAM Sdn Bhd
Kontraktor :
Kederat Emas
Tarikh mula : 12 Ogos 2013 Tarikh siap : 20 Jan
2014
100% siap Jumlah Keseluruhan RM 3214726.63