Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

165) KITAR SEMULA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sasaran Kerajaan bagi perlaksanaan kitar semula di peringkat negeri dan PBT. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan di ambil untuk menjayakannya

    Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan kadar kitar semula di semua peringkat bagi memastikan penghasilan sampah dapat dikurangkan dan tahap kesedaran awam mengenai kepentingan kitar semula dipertingkatkan. Antara langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi merealisasikan sasaran tersebut adalah seperti berikut :-

    • Memperbanyakkan program-program kitar semula dan pameran di semua peringkat merangkumi sekolah, institusi pengajian tinggi, komuniti dan sebagainya bagi memberi kesedaran dan memupuk semangat cintakan alam sekitar, sekali gus mengelakkan daripada berlakunya pembuangan sampah yang berleluasa.
    • Mewujudkan lebih banyak Pusat Kitar Semula dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan.
    • Menyediakan lebih banyak tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah, bandar dan kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula.
    • Penggunaan pelbagai media hebahan bagi mempromosikan program dan kepentingan kitar semula di laman web serta buletin Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, bahan cetakan dan media massa.

Lampiran

Tiada Lampiran.