Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
163) SISTEM SOKONGAN ISTERI DATOÕ MENTERI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sistem sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada isteri MB untuk beliau berperanan dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan?
Kerajaan Negeri tidak memberikan sistem sokongan secara khusus kepada isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, isteri YAB Dato’ Menteri Besar telah menggunakan salah satu dari peruntukan kemudahan sokongan kereta yang diberikan kepada YAB Dato’ Menteri Besar seperti diperuntukan di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 – Enakmen No.8 Tahun 1980 Fasal 15. Kemudahan sokongan yang diterima oleh isteri YAB Dato’ Menteri Besar adalah atas budi bicara YAB Dato’ Menteri Besar.
-
Atas peruntukan peraturan manakah sistem sokongan disediakan?
Pegawai Khas yang membantu YABhg. Puan Sri Salbiah adalah di bawah peruntukan MBI. Program-program kebajikan atas kapasiti Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) ditaja oleh GLC Selangor atas peruntukan CSR syarikat berkenaan. Kertas kerja dan permohonan pembiayaan dana dimajukan kepada YAB Dato’ Menteri Besar untuk setiap program / projek PEKAWANIS. Hanya setelah mendapat kelulusan YAB Dato’ Menteri Besar ianya dimajukan kepada GLC berkenaan.
-
Berapa jumlah peruntukan ini sejak dari mula hingga Mac 2013?
Jumlah yang diperuntukkan GLC Selangor sehingga Mac 2013 melalui PEKAWANIS ialah :-
Setakat Mac 2013 SUMBANGAN RPA LAMAN DAPUR JUMLAH (RM) PNSB 864,957.00 127,500.00 0 992,457.00 PKNS 55,000.00 511,518.40 0 566,518.40 KDEB 75,800.00 0 0 75,800.00 MBI 266,530.00 90,000.00 174,500.00 531,030.00 PEJABAT MENTERI BESAR 6,000.00 0 0 6,000.00 LZS 0 1,000.00 0 1,000.00 MBPJ 0 1,000.00 0 1,000.00 2,173,805.40