Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

159) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah status terkini pembentukan pasukan pembersihan sisa-sisa pepejal dalaman (in-house solid waste team) untuk menguruskan masalah sisa-sisa pepejal daripada terus bergantung kepada kontraktor-kontraktor luar di setiap PBT dan apakah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk setiap PBT?

    Semua PBT secara umumnya telah bersedia menubuhkan pasukan inhouse bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam dan berfungsi sebagai pasukan back-up sekiranya berlaku kecemasan sebagai contohnya sekiranya lori kompaktor rosak atau isu pembuangan sampah haram. Dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemahiran PBT dalam pengurusan sisa pepejal. Buat masa ini pasukan ini akan berkembang secara berperingkat-peringkat dan akan mengurangkan kebergantungan daripada kontraktor-kontraktor luar. Namun beberapa faktor juga perlu diperhalusi iaitu dari segi tenaga kerja yang mencukupi, kewangan yang stabil untuk gaji dan kerja lebih masa serta kos pembelian kelengkapan logistik seperti kompaktor, bulldozer, excavator, lori tipper dan sebagainya. Anggaran perbelanjaan kelengkapan logistik dan gaji pekerja juga perlu diperhalusi kerana dianggarkan boleh mencapai RM3.5 juta setahun bagi sesebuah PBT.

    Status terkini pembentukan pasukan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam di PBT ialah seperti di Lampiran 1.

     

    Lampiran 1

    Status Terkini Pembentukan Pasukan Perkhidmatan Kutipan Sampah Dan Pembersihan Awam Di PBT Tahun

    2014

    Bil. PBT Status Anggaran Perbelanjaan yang diperlukan
    1. MBSA Telah memberi perkhidmatan kutipan secara inhouse sebanyak 16% yang meliputi kawasan:-

    1.  Seksyen U10 – 122 premis

    2.  Seksyen U6 – 1763 premis

    3.  Seksyen U11 – 959 premis

    4.  Seksyen 16 – 722 premis 5. Seksyen 27 – 818 premis

    6. Seksyen 22 – 448 premis

    Jumlah Keseluruhan:

    i.      Pembelian One Off: RM2,682680.00

    ii.    Kos Pengurusan dan Penyelenggaraan: RM800,784.00 setahun

     

    2. MBPJ Telah membeli lima (5) buah lori kompaktor dan tiga (3) buah lori RORO bagi persediaan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara in-house. i. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi penambahan pekerja ialah RM2,407,440.11.
    3. MPK Telah mewujudkan tujuh (7) pasukan pembersihan sisa pepejal secara inhouse yang meliputi tujuh (7) kawasan. Jumlah kontraktor luar yang dilantik ialah 65 kontraktor. i. Jumlah yang diperlukan untuk pengurusan sisa ialah RM20.17 juta setahun.
    4. MPSj Telah mempunyai sebuah pasukan kutipan sisa pepejal (in-house solid waste team) dengan dianggotai 4 orang kakitangan yang ditugaskan di kawasan perumahan bertingkat baru yang diambil alih daripada pemaju. i. Sedang memperhalusi anggaran perbelanjaan kerja-kerja kerja-kerja pembersihan sisa pepejal.

     

    5. MPS Telah menyediakan pelan perancangan pembentukan pasukan in-house. i. Sedang memperhalusi kos pengurusan dan perbelanjaan kerana kekangan perbelanjaan meningkat dalam 20 – 30% daripada peruntukan tahunan.
    6. MPKj Masih dalam proses kajian mengenalpasti keperluan-keperluan pengurusan dan logistik bagi persediaan kerja-kerja kutipan dan pembersihan.         i.    Anggaran perbelanjaan bagi:-

    –  Pekerja : RM376,720.00

    –  Lori Kompaktor : RM380,000.00

    –  Lori RORO : RM150,000.00

    –  Lori Tanker : RM180,000.00

    Jumlah RM1,086720.00 (tidak termasuk penyelenggaraan dan bahan api)

    7. MPAJ Telah mempunyai pasukan in-house yang dianggotai14 orang (4 orang tetap dan 10 orang sambilan) yang berfungsi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah haram/pukal/kebun dan back up. i. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi penambahan pekerja ialah RM180,000.00 setahun.

     

    8. MPSp Telah mempunyai pasukan back-up team secara in-house bagi kerja-kerja pembersihan awam dan pemungutan sampah haram di kawasan-kawasan taman perumahan dan komersial. i.      Sedang memperhalusi anggaran perbelanjaan kerja-kerja pembersihan awam.

    ii.    Walau bagaimanapun, kerja-kerja kutipan sampah domestik dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

    9. MDKS Telah mempunyai 50 orang kakitangan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan awam (pemotongan rumput dan kerja sapuan jalan) secara “In-house” yang meliputi 20% kerja kontrak . Manakala kerja kutipan sampah dikontrakkan sepenuhnya i. Anggaran Perbelanjaan kerja-kerja pembersihan awam (pemotongan rumput dan kerja sapuan jalan) secara “In-house” ialah RM1.5 juta setahun.

     

    10. MDKL Telah menubuhkan pasukan WasteGang secara in house sejak 1 September 2012 yang berfungsi melakukan kerja-kerja kutipan sampah haram dan pukal serta sampah yang tidak termasuk dalam spesifikasi kontraktor. i. Anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan sebanyak 50% daripada kos perbelanjaan pasukan waste gang iaitu RM18,000.00.
    11. MDSB Telah melaksanakan kerja menyapu jalan dan pembersihan longkang secara in-house sejak tahun 2011. i. Sedang memperhalusi anggaran perbelanjaan kerja kutipan sampah secara in-house seperti tenaga kerja, kewangan yang stabil dan logistik.
    12. MDHS Telah melaksanakan kerja-kerja secara in-house sebanyak empat (4) kawasan daripada 23 kawasan. i. Sedang memperhalusi anggaran perbelanjaan yang meliputi gaji, peralatan logistik, penyelengaraan dan bahan api.

Lampiran

Tiada Lampiran.