Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
158) TEBATAN BANJIR DI MERU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan naiktaraf parit tanah kepada konkrit di Jalan Hamzah Alang oleh JPS?
Untuk cadangan menaiktaraf parit tanah kepada konkrit di Jalan Hamzah Alang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mengeluarkan tender pada Julai tahun 2014 dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri melalui akaun amanah Caruman Parit.
-
Status projek kolam takungan air banjir?
Secara umumnya, projek kolam takungan air di Pekan Meru telah siap sepenuhnya. Pada masa kini kerja-kerja penyelenggaraan kolam seperti pengorekkan dan pemasangan pagar telah siap dijalankan. Skop bagi kerja-kerja pengorekkan kolam takungan yang telah dijalankan termasuk :
- Mendalamkan kolam
- Mengeluarkan segala rumpai air dari kolam
- Membersihkan kolam termasuk kerja-kerja ‘trimming of slope’
- Kerja-kerja pemasangan pagar jejaring berangkai dengan disaluti pvc di sekeliling kolam takungan
Walaubagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas kolam tersebut dari masa ke semasa.
-
Berapa kekerapan dan kos pembersihan parit tanah besar dan kecil JPS bagi daerah Klang terutama DUN Meru?
Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan 1 kali hingga 2 kali setahun berdasarkan kepada peruntukan yang diterima dan kos yang terlibat untuk kerja-kerja pembersihan parit tanah bagi Daerah Klang adalah sebanyak RM3,000,000.00 . Manakala bagi DUN Meru adalah sebanyak RM500,800.00.