Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

136) RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS telah membina 2,865 unit rumah mampu milik pada 2008-2013 di pelbagai lokasi. Daripada jumlah tersebut berapa unitkah sudah terjual mengikut lokasi?

    Rumah Mampu Milik PKNS yang telah siap dibina dari tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:

    Daerah Lokasi Bil unit Jenis Rumah Tarikh CCC
    Gombak Bukit Botak 1,422 R / Berkembar Mei 2013
    Hulu langat Bandar Baru Bangi 124 Pangsapuri Jangkaan

    April 2014

    Petaling Seri Kejora,

    Subang Bestari

    254 Pangsapuri Ogos 2011
      Jumlah 1,800 unit    
  2. Apakah kriteria dan latar belakang sosioekonomi para pembeli?

    Untuk makluman Yang Berhormat, semua pembeli rumah mampu millik mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
    • Berpendapatan isi rumah di antara RM3,000.00 hingga RM8,000.00 sebulan;
    • Pembeli belum memiliki rumah di Negeri Selangor kecuali rumah kos rendah yang telah melebihi tempoh lima (5) tahun; dan
    • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  3. Adakah unit-unit tersebut sudah memiliki Certificate of Fitness (CF)?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.