Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
135) PENGURUSAN PASAR MALAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah peraturan menetapkan setiap pasar malam/pagi diselia oleh PBT
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.38/2013 bertarikh 12/12/2013 yang telah disahkan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil.39/2013 bertarikh 18/12/2013 memutuskan bahawa mulai 01/01/2014 semua pengurusan pasar malam dan pasar pagi termasuk kerja-kerja pembersihan tapak pasar malam dan pasar pagi hendaklah dilakukan oleh pihak PBT dan bukannya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Penduduk (JP) atau pihak penganjur.
-
Senaraikan rekod JKKK dan Persatuan Penduduk yang tidak membayar semula kutipan kepada Majlis Perbandaran Klang sejak 2008 hingga 2013?
Kesemua bayaran telah dijelaskan kepada MPK sama ada secara keseluruhan atau ansuran. Mana-mana pihak penganjur yang mempunyai tunggakan sebelum 2008 telah diminta untuk menjelaskannya kepada pihak Majlis dan kesemua bayaran telah dijelaskan kepada Majlis sama ada secara keseluruhan atau secara ansuran.
-
Apakah tindakan diambil kepada yang berhutang sebelum 2008?
Semua urusan berkaitan kutipan permit pasar malam/pasar pagi diuruskan oleh pihak PBT.