Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

120) LAMPU JALAN DI LUAR KAWASAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melaksanakan dasar penambahan lampulampu jalan di kawasan yang tidak terletak di bawah jagaan PBT memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak lagi melaksanakan 10 tiang lampu baru untuk setiap mukim setahun selepas 2008. Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Dasar keperluan pemasangan lampu jalan yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah berpandukan kepada kriteria yang terkandung di dalam “GUIDELINES

    FOR THE PROVISION OF ROAD LIGHTING (MS 825: Code of Practice for

    Design of Road Lighting)”.

    Di antara kriteria yang melayakkan lampu jalan dipasang adalah;

    1. Persimpangan-persimpangan utama,
    2. Jalan-jalan utama,
    • Syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi ialah,
      • Kapasiti trafik yang tinggi melebihi 40,000 kenderaan bagi jalan 4 lorong dan 20,000 kenderaan bagi jalan 2 lorong
      • Skala penempatan di sepanjang jalan
      • Jumlah pejalan kaki, basikal dan motosikal yang tinggi di waktu malam
      • Kelajuan 85% percentile melebihi 70 km/h
      • Jalan yang kerap berlaku kemalangan iaitu melebihi 3 kemalangan setahun dengan kadar kemalangan waktu malam adalah 1.3 kali kadar kemalangan waktu siang

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan bagi pemasangan lampu jalan di Jalan

    Negeri dalam Tahun 2012 dan 2013.

    Tahun Peruntukkan Perbelanjaan Peratus Perbelanjaan
    2012 RM2,000,000.00 RM1,908,647.85 95.4%
    2013 RM2,500,000.00 RM2,427,467.98 97.1%

     

Lampiran

Tiada Lampiran.