Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

113) PELABURAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan tahun 2012?

    Jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan tahun 2012 adalah seperti berikut;-

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan

    Tempatan

    (RM)

    Pelaburan Asing (RM) Modal

    Pelaburan

    (RM)

    2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
               
    Jumlah 480 46,238 13,513,206,275 8,054,618,512 21,567,824,787
  2. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan negeri- negeri lain

    Bagi tahun 2013, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi antara negeri-negeri lain dengan nilai pelaburan berjumlah RM 9.833 bilion dengan 228 projek yang diluluskan. Manakala dari segi jumlah kelulusan projek pula, Selangor menduduki tempat pertama dengan 228 projek berbanding dengan negeri-negeri lain. Prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan negerinegeri lain adalah seperti berikut-

    Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan

    Tempatan (RM)

    Pelaburan Asing (RM) Modal

    Pelaburan

    (RM)

    Johor 197 27,123 2,911,304,950 11,533,290,742 14,444,595,692
    Selangor 228 23,519 6,207,711,909 3,625,294,944 9,833,006,853
    Sarawak 21 3,444 1,452,324,517 6,824,049,568 8,276,374,085
    Penang 119 14,515 2,117,861,774 1,794,394,491 3,912,256,265
    Sabah 25 1,873 2,433,256,178 1,000,820,952 3,434,077,130
    Pahang 17 1,378 1,343,033,912 1,475,833,091 2,818,867,003
    Kedah 39 5,081 2,431,773,812 102,745,474 2,534,519,286
    Perak 54 8,204 871,735,967 1,489,464,658 2,361,200,625
    Negeri Sembilan 35 4,310 282,054,511 1,405,852,647 1,687,907,158
    Melaka 27 1,586 465,722,044 1,027,958,040 1,493,680,084
    Kelantan 5 544 809,480,000 186,000,000 995,480,000
    Terengganu 8 1,084 119,865,030 64,202,980 184,068,010
    W.        P.       Kuala

    Lumpur

    9 221 74,306,718 6,444,716 80,751,434
    Perlis 3 106 44,342,440 0 44,342,440
    W. P. Labuan         0
               
    Jumlah 787 92,988 21,564,773,762 30,536,352,303 52,101,126,065

    Sumber : MIDA

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan pendekatan proaktif yang dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelabur asing?

    Antara insentif dan pendekatan proaktif yang dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelabur asing adalah seperti berikut;-

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui SSIC akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
    • Melantik wakil di luar Negara bagi membantu mempromosikan peluangpeluang pelaburan di Negara berkenaan.
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara mereka.
    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak dalam dan luar Negara.
    • Penyertaan dalam pameran bertaraf antarabangsa

Lampiran

Tiada Lampiran.