Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
111) RIZAB SIMPANAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Negeri Selangor mempunyai rizab simpanan yang tinggi mencecah tiga bilion. Apakah rancangan Kerajaan terhadap simpanan tersebut dalam konteks ÒMerakyatkan Ekonomi SelangorÓ?
Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Ianya penting agar segala dasar, program, projek dan aktiviti yang dirancang bagi pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kerajaan Negeri Selangor pada pembentangan Bajet 2014 telah mengumumkan akan menggunakan rizab negeri berjumlah RM430 juta bagi membiayai pembangunan enam inisiatif berikut:
- i) RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Kelang; ii) RM100 juta bagi pembinaan rumah mampu milik; iii) RM50 juta bagi pembinaan beberapa bangunan sekolah; iv) RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia; v) RM50 juta bagi pembangunan desa; dan vi) RM30 juta bagi pemberdayaan wanita.
Penggunaan rizab negeri bagi membiayai pembangunan enam inisiatif di atas adalah selaras dengan Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat di samping peningkatan kualiti hidup rakyat.