Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
110) MASALAH BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah belia menganggur dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang tidak sihat masih ketara di kawasan Ijok khasnya dan Selangor amnya. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam program-program pembinaan modal insan sebagai langkah mengatasi masalah ini?
Rancangan Kerajaan Negeri dalam program pembinaan modal insan antaranya dengan melaksanakan Program SPIES D’Village kepada semua lapisan masyarakat dan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang menggunakan lima (5) pendekatan seperti berikut :
- Pencegahan
Program dijalankan kepada golongan yang berisiko tinggi yang terdedah kepada masalah sosial seperti remaja, belia dan anakanak daripada pasangan yang mengalami masalah rumah tangga .
- Pembangunan dan Pemulihan
DIilaksanakan secara berterusan kepada mereka yang telah terjebak dengan gejala sosial dengan sesi kaunseling dan dihantar ke Kem Permulihan akhlak. Jawatankuasa Masjid dan JKKK, PIBG serta NGO akan dilibatkan secara aktif untuk memastikan pendekatan “terapi keluarga”.
- Pencelahan dan Penguatkuasaan
Diilaksanakan secara berperingkat dan berdasarkan kepada keperluan. Dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi yang berkenaan.
SPIES D’Organisasi adalah bertujuan mengupayakan jabatan dan agensi kerajaan agar boleh melaksanakan dasar yang telah ditetapkan bagi membawa pembangunan positif dan mitigasi insan liabiliti.
Berikutan kewujudan mekanisme khusus yang menumpukan kepada usaha membanteras masalah sosial ini, maka program yang dirancang akan lebih tersusun, kemas dan efektif.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menarik pelabur-pelabur ke kawasan desa seperti Ijok untuk mewujudkan peluang pekerjaan?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 14 Mac 2014 telah menolak soalan ini.