Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

102) KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah disyaratkan, jadual kutipan selesai sebelum jam 9 pagi?

    Boleh disyaratkan, tetapi pada masa kini kutipan sampah domestik dijalankan bermula jam 7 pagi sehingga selesai. Masa kutipan bergantung kepada jumlah sampah dan lalulintas.

  2. Kelewatan kutipan, beralasan kerosakan trak kompaktor. Adakah dimasukkan dalam syarat kelayakan. Penyediaan kenderaan ganti dan Preventive MantainanceÕ?

    Setiap kontraktor yang mengalami kerosakan kompaktor dikehendaki menyediakan kenderaan ganti bagi menjalankan kerja kutipan dan juga pihak kontraktor mesti memaklumkan kepada pihak Majlis untuk tujuan penggantian tersebut.

  3. Bagaimanakah MPK menguatkuasakan kawalan buangan sampah dan sisa kimia premis bengkel kenderaan dan kilang berdaftar dan haram?

    Cara dan kaedah MPK menguatkuasakan kawalan buangan sampah dan sisa kimia premis bengkel kenderaan dan kilang berdaftar dan haram adalah seperti berikut:

    1. Semua premis hendaklah mengemukakan kontraktor yang dilantik oleh syarikat kepada pihak Majlis untuk pemantauan kawalan buangan sampah
    2. Memasukkan syarat dalam lesen perniagaan berkenaan dengan tempat pengumpulan sampah dan syarikat yang mengendalikannya serta lokasi pembuangannya. iii. Memastikan setiap premis perniagaan mematuhi syarat pelesenan yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.