Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

101) PUSAT SUKAN EKSTRIM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pusat sukan ekstrem bagi belia yang meminati sukan ini?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tiada cadangan untuk mewujudkan pusat sukan ekstrem bagi belia yang meminati sukan ini.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor hanya menumpukan sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti yang telah digariskan oleh pihak Majlis Sukan Negara. Walaubagaimana pun pusat sukan ekstrem ini telah diwujudkan di Negeri Selangor oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan lain-lain PBT untuk kegunaan semua lapisan masyarakat ataupun komuniti.

  2. Apakah ada perancangan kerajaan negeri untuk mengkomersialkan sukan ini ekstrem ini bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini?

    Buat masa ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tiada perancangan untuk mengkomersialkan sukan ekstrem ini kerana pihak Majlis Sukan Negeri Selangor hanya menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan sukan prestasi tinggi seperti yang telah digariskan oleh Majlis Sukan Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.